Site icon TechNave BM

Pemain PlayStation 5 boleh rekod suara cacian dalam “game” dan buat aduan kepada Sony

Sony telah membentangkan mekanisme yang membenarkan anda untuk melaporkan aduan jika sesi gaming anda dalam PlayStation 5 (PS5) nanti dipenuhi dengan makian atau cacian daripada para pemain lain. Pemain boleh merekod suara pemain lain yang menghina mereka dan menghantarnya kepada Sony untuk diambil tindakan.

Untuk memfailkan aduan melibatkan gangguan atau penghinaan, pemain perlu menyertakan klip suara berdurasi 40 saat yang diambil daripada rakaman audio selama lima minit sebelum kesalahan dilakukan. 40 saat ini terdiri daripada 20 saat sewaktu pemain dicaci dan 10 lagi saat sebelum dan selepas cacian itu berlaku.

Laporan boleh dihantar secara terus melalui konsol PS5 kepada Pengalaman Pengguna (Consumer Experience) untuk dinilai. Sony turut mengatakan bahawa pemain tidak boleh mematikan fungsi rakaman suara ini bagi membantu semua pemain untuk memainkan game dengan rasa selamat.

Sony menjelaskan fungsi ini selepas pemain mengesan fungsi yang sama terdapat dalam kemas kini versi 8.00 untuk PlayStation 4. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayStation Blog

Exit mobile version