Site icon TechNave BM

Pemandu dan penunggang p-hailing, wajib dapatkan lesen vokasional dan carum SKSPS

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan bahawa semua pemandu dan penunggang p-hailing diwajibkan mencarum kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS/ SOCSO) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Wee menegaskan bahawa sumbangan itu akan dibuat sebagai pra-syarat untuk mereka mendapatkan lesen vokasional yang akan diwajibkan. Beliau turut berkata kerajaan komited untuk memastikan pekerja p-hailing mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial serta perlindungan dan bantuan kepada pemandu sekiranya kemalangan berlaku. 

Beliau kemudian mendedahkan bahawa kerajaan akan menetapkan syarat kepada semua syarikat p-hailing untuk mengenakan caruman Perkeso sebanyak RM13.10 sebulan kepada setiap pemandu dan pekerja p-hailing. Itu berjumlah RM157.20 setahun. Wee berkata bahawa 80 peratus daripada ini ditanggung oleh kerajaan dan selebihnya oleh pekerja p-hailing.

Keperluan caruman Perkeso dan lesen vokasional adalah sebahagian daripada Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022 dan dua rang undang-undang lain yang bertujuan untuk memberi kuasa Kementerian Pengangkutan untuk mengawal selia p-hailing di negara ini. 

Rang undang-undang lain adalah RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2022 dan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2022, yang kedua-duanya telah diluluskan Dewan Rakyat semalam.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version