Site icon TechNave BM

Pembantu suara AI “Hey Tesla” dilancar dengan kerjasama DeepSeek dan ByteDance

Tesla kini memperkenalkan pembantu suara berkuasa kecerdasan buatan (AI) baharu di China hasil kerjasama dengan syarikat teknologi tempatan, DeepSeek dan ByteDance. Sistem ini diberi nama “Hey Tesla” yang membolehkan pengguna mengawal pelbagai fungsi kenderaan melalui arahan suara tanpa sentuhan.

Pelancaran dibuat bersama pengenalan Tesla Model Y L (6 tempat duduk) yang mula dijual di pasaran China pada Ogos ini. Berbeza dengan model terdahulu, Model Y L hadir dengan fungsi “wake phrase” di mana pengguna hanya perlu menyebut Hey Tesla atau menetapkan frasa pilihan mereka.

Kerjasama ini membahagikan tugasan kepada dua modul AI iaitu DeepSeek akan bertindak sebagai chatbot interaktif, boleh bersembang dan jawab soalan seperti cuaca, berita dan maklumat umum. ByteDance (Doubao LLM + Volcano Engine) pula akan mengurus arahan harian dalam kereta, sambungan data tempatan dan patuhi peraturan keselamatan siber China.

Kerjasama dengan syarikat seperti DeepSeek dan ByteDance bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Tesla dalam pasaran EV terbesar dunia, malah membantu syarikat itu bersaing rapat dengan pengeluar kenderaan elektrik domestik seperti BYD dan Nio yang lebih awal menawarkan sistem kawalan suara berasaskan AI canggih.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version