Site icon TechNave BM

Pembayaran tanpa tunai Touch ‘n Go eWallet kini di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Salah satu e-dompet terkenal di Malaysia, Touch ‘n Go eWallet terkini telah mengembangkan kewujudan pembayaran tanpa tunai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Terdahulu, Touch ‘n Go merupakan salah satu platform rasmi untuk menebus e-Tunai Rakyat RM30.

Perluasan pembayaran tanpa tunai dalam sektor pengangkutan itu merupakan satu usaha ke arah pembayaran selamat untuk pembelian tikes bas di TBS. Anda kini tidak perlu beratur untuk giliran mengambil wang di mesin ATM melalui kewujudan pembayaran tanpa tunai ini.

YB Tuan Anthony Loke, Perdana Menteri Pengangkutan (kanan) membeli tiket bas di TBS menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Touch ‘n Go eWallet. Ceritakan pengalaman anda menggunakan perkhidmatan pembayaran melalui e-dompet di laman Facebook kami. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita servis teknologi terkini.

Exit mobile version