Site icon TechNave BM

Pembayaran zakat Selangor kini boleh dibuat secara online melalui GoPayz

Transaksi pembayaran dalam talian sudah tersedia tular di Malaysia. Terdahulu, syarikat telco dan komunikasi U Mobile telah membangunkan perisian e-wallet GoPayz yang menawarkan servis digital mudah alih.

Sepintas lalu, Go Payz merupakan akaun dalam talian yang membenarkan anda menambah nilai akaun tersebut dan membuat transaksi pembelian atau transaksi pembayaran kepada akaun pihak ketiga yang lain. Terkini, GoPayz mempertingkatkan penggunaannya untuk servis pembayaran zakat negeri Selangor. Lembaga Zakat Selangor telah melantik GoPayz sebagai e-wallet pertama di Malaysia yang menawarkan servis pembayaran zakat.

Tuan Haji Saipolyazan (CEO Lembaga Zakat Selangor) dan Mr. Wong Heang Tuck (CEO U Mobile) bertukar cenderamata untuk memperingati perkongsian di antara GoPayz dan Lembaga Zakat Selangor.

Pengguna kini boleh melunaskan tuntutan zakat dengan melakukan pembayaran dalam talian melalui GoPayz. GoPayz menawarkan perkhidmatan melunaskan Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas, Zakat Perak, Qadha Zakat, Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Peningkatan servis ini selari dengan matlamat GoPayz yang bukan hanya sebagai e-wallet, tetapi platform yang menyediakan pelbagai servis digital.

Untuk melunaskan pembayaran zakat, anda boleh mengikuti langkah di bawah:

Anda telah mencuba GoPayz? Beritahu di laman Facebook kami dan nantikan berita teknologi terkini dari rakan teknologi utama Malaysia.

Exit mobile version