HONOR Malaysia mengumumkan tawaran eksklusif sempena pelancaran rasmi telefon boleh lipat terbaharunya iaitu HONOR Magic V5 yang dijadualkan berlangsung pada 15 Julai 2025, jam 2 petang secara langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia.
Pelanggan yang membuat tempahan Magic V5 akan menerima hadiah istimewa pembesar suara premium Harman Kardon Onyx Studio 9 bernilai RM1,299 eksklusif untuk pembeli awal. Selain itu, HONOR turut menawarkan jaminan perlindungan dipertingkatkan memberikan ketenangan fikiran dan sokongan tambahan selepas pembelian.
HONOR Magic V5 diperkenalkan sebagai telefon boleh lipat paling nipis dan kukuh dalam kelasnya. Ia hadir dengan bateri 5820mAh untuk penggunaan sepanjang hari. Gabungan dengan pembesar suara Harman Kardon menjanjikan pengalaman audio visual yang ideal untuk penstriman, muzik atau karaoke di rumah.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda tertarik dengan tawaran dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

