Site icon TechNave BM

Pembelian awal iQOO Neo 10 5G kini dibuka, akan dilancar pada 5 Jun 2025

Untuk pengetahuan anda, iQOO Malaysia bakal melancarkan iQOO Neo 10 5G yang merupakan telefon pintar pertama di Malaysia yang hadir dengan cipset Snapdragon 8s Gen 4. Menjelang tarikh pelancaran rasmi, syarikat itu telah mendedahkan lebih banyak maklumat berkaitan pembelian awal yang boleh dinikmati pengguna.

Menurut iQOO Malaysia, peminat dan pelanggan boleh mendapatkan akses awal kepada Neo 10 pada 24 Mei, jam 8 malam, lebih awal daripada pelancaran rasminya pada 5 Jun 2025. Dalam kempen pra-pelancaran ini, pembeli berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM347 dengan ganjaran tambahan semasa jualan dalam talian 5.25. Pembeli juga boleh mendapatkan iQOO Buds 1i pada harga diskaun RM59 apabila dibeli bersama telefon tersebut.

iQOO turut menyatakan sokongan kepada komuniti akademik di mana pelajar dan pensyarah layak menerima diskaun tambahan RM100 untuk pembelian Neo 10. Sepanjang tempoh promosi, setiap pembelian juga disertakan hadiah percuma bernilai lebih RM277 termasuk waranti lanjutan setahun, perlindungan skrin retak setahun dan sarung jari gaming iQOO.

Promosi pembelian awal ini akan berlangsung sehingga 4 Jun 2025 melalui platform dalam talian seperti Shopee, Lazada, vivo E-Store dan TikTok Shop. Selain itu, pelanggan juga boleh ke vivo Concept Store untuk membuat bayaran deposit dan menjadi antara yang terawal memiliki iQOO Neo 10 5G selepas pelancarannya. Telefon ini akan hadir dalam dua pilihan warna menarik iaitu Astral Black dan Desert Gold.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version