Site icon TechNave BM

Pembukaan Senheng x Samsung Premium Experience Store, nikmati tawaran istimewa sehingga 21 Jun ini

Semalam, Samsung Malaysia Electronics dan Senheng mengumumkan pembukaan Senheng x Samsung Premium Experience Store yang pertama terletak di Shoppes, Four Seasons Place. Setiap jenis peranti turut dijual seperti koleksi telefon bimbit terbaru Samsung, peralatan rumah dan macam-macam lagi.

Dengan keluasan 5,399 kaki persegi, terdapat enam zon pengalaman eXperience mudah alih, paparan visual dan perkakasan digital yang menampilkan produk baharu Samsung termasuk Galaxy S22 Ultra, BESPOKE AirDresser, Neo QLED 8K TV, The Freestyle dan banyak lagi.

Sempena pelancaran besar itu, tawaran menarik bagi pembelian dari 17 Jun 2022 hingga 21 Jun 2022 di kedai dan di aplikasi mudah alih Senheng. Rebat RM1,000 untuk setiap pembelian Galaxy Z Flip3 5G dan hadiah percuma bernilai RM2,599 apabila anda membeli TV 4K QLED 1 . Anda juga berpeluang mendapat hadiah percuma bernilai RM3,699 bagi pembelian peti sejuk BESPOKE 2. 

Ketahui lebih lanjut mengenai promosi dan produk yang ditawarkan di halaman Facebook rasmi Samsung dan Senheng. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version