Site icon TechNave BM

Pemegang Kad Visa Malaysia boleh beli tiket Piala Dunia 2026 bermula 10 September ini

Pemegang kad Visa di Malaysia bakal menikmati peluang keemasan untuk merebut tiket ke Piala Dunia FIFA 2026™. Visa yang merupakan selaku Rakan Teknologi Pembayaran Rasmi FIFA, mengumumkan bahawa pemegang Kad Kredit, Debit dan prabayar tambah nilai Visa boleh memohon menyertai Visa Presale Draw bermula 10 hingga 19 September 2025.

Syarat utama ialah pemohon perlu memiliki FIFA ID yang boleh didaftarkan di laman FIFA.com/tickets. Mereka yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel bermula 30 September dan diberikan slot khas pada Oktober 2025 untuk membeli tiket. Dalam tempoh ini, Visa adalah satu-satunya kaedah pembayaran yang diterima.

Kejohanan kali ini bakal memecahkan rekod dengan 48 pasukan, 104 perlawanan dalam 39 hari di 16 bandar raya tuan rumah merentasi Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Ia juga menjadi Piala Dunia pertama dianjurkan oleh tiga negara. Debaran Piala Dunia FIFA 26™ makin terasa dan tarikh 10 September wajib ditanda dalam kalendar setiap peminat bola sepak.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version