Site icon TechNave BM

Pemegang saham Celcom dan Digi luluskan penggabungan dua syarikat itu

Dua syarikat penyedia telekomunikasi popular di Malaysia, Celcom Axiata Bhd dan Digi.Com Bhd, telah mendapatkan kelulusan daripada para pemegang sahamnya untuk penggabungan di antara kedua-dua syarikat tersebut.

Kelulusan tersebut diberikan dalam sebuah mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan pada hari ini untuk Lembaga Pengarah Axiata Group Bhd serta Digi.Com Bhd. Dalam sebuah kenyataan media, keputusan EGM melalui undian telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia seperti yang dikehendaki oleh peraturan yang terpakai.

Dengan persetujuan oleh pemegang saham, ini adalah antara langkah terakhir dalam proses kelulusan untuk penggabungan Celcom dan Digi, seperti yang telah digariskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia Bhd.

Apabila selesai, Axiata (syarikat induk Celcom) dan Telenor ASA (syarikat induk Digi) masing-masing akan memegang pemilikan sama sebanyak 33.1 peratus dalam syarikat baharu yang terhasil daripada penggabungan tersebut. Syarikat baharu ini dicadang untuk dinamakan sebagai Celcom Digi Bhd.

Penggabungan dua syarikat ini telah pun diluluskan oleh SKMM sejak Jun lalu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version