Site icon TechNave BM

Pemilik EV kini boleh cari stesen pengecasan dalam aplikasi Google Maps

Google Maps telah bekerjasama dengan rakan kongsi stesen pengecas EV di AS dan UK selama tiga tahun. Syarikat itu kini memperluaskan perkhidmatan ke kebanyakan negara dengan menyediakan perkhidmatan carian bagi stesen EV dengan pilihan saringan mengikut pemilik kenderaan.

Contoh saringan yang disediakan ialah kelajuan pengecasan, jenis palam dan membenarkan anda menetapkan pilihan sendiri. Ciri ini kini tersedia pada aplikasi Android dan iOS. Ia memberikan maklumat sama ada stesen pengecasan itu percuma ataupun tidak. Ia bergantung kepada pasaran dan polisi sesebuah negara.

Ciri saringan baharu adalah sebahagian daripada kemas kini pada Google Maps. Platform ini akan menawarkan Live View di bandar terpilih melalui kamera dan membenarkan pengguna untuk merasai pengalaman AR.

Lokasi yang boleh diakses kerusi roda dan tanpa tangga juga boleh didapati dengan mudah melalui ciri Accessibility dalam tetapan aplikasi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version