Site icon TechNave BM

Pemilik OnePlus 9 Pro mengatakan telefon itu selalu menjadi terlalu hangat

Beberapa pemilik OnePlus 9 Pro melaporkan bahawa telefon mereka kerap menjadi terlalu hangat, terutamanya sewaktu mengambil gambar atau merekod video. Telefon tersebut menjadi terlalu hangat sehingga sebuah mesej terpapar pada skrin, menasihati pengguna untuk berhenti menggunakan telefon itu buat seketika dan biarkan telefon itu menjadi sejuk.

Sekumpulan pengguna telah membincangkan isu tersebut dalam forum OnePlus, dengan jumlah tulisan melebihi sepuluh muka surat. Pengguna melaporkan bahawa isu hangat tersebut muncul oleh pelbagai punca, namun kebanyakannya mengatakan penggunaan kamera adalah punca utama.

OnePlus sudah memaklumkan kepada pihak media bahawa mereka sedang mengusahakan sebuah kemas kini yang akan menyelesaikan isu tersebut. OnePlus 9 Pro dilengkapi sinki haba yang lebih luas dan tebal berbanding telefon sebelum ini bagi meningkatkan pelesapan haba, namun masalah perisian dalam telefon itu mungkin telah menyebabkan penjanaan haba yang berlebihan.

Setakat ini, siri OnePlus 9 masih belum dijual secara rasmi oleh OnePlus Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang isu telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Police

Exit mobile version