Site icon TechNave BM

Pemilik PlayStation boleh dapatkan “game” Horizon Zero Dawn: Complete Edition secara percuma

Buat para pemilik konsol gaming PlayStation 4 dan PlayStation 5, anda boleh memiliki game Horizon Zero Dawn Complete Edition secara percuma sehingga 14 Mei jam 11:00 malam ET (15 Mei jam 11:00 pagi waktu Malaysia). Tawaran ini adalah khas untuk semua pemilik kedua-dua konsol tersebut, tidak kisah sama ada mereka memiliki keahlian PlayStation Plus atau tidak.

Selain game asas, gamers juga akan menerima kandungan ekstra yang menjadi sebahagian daripada Complete Edition untuk game ini termasuklah pek tambahan Frozen Wilds dan buku seni (artbook) digital. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program Sony Play at Home yang mengajak para gamers untuk berada di rumah bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.

Selain Horizon Zero Dawn, Sony turut memberikan sembilan lagi game percuma iaitu ABZÛ, Enter the Gungeon, Rez Infinite, Subnautica, Astro Bot Rescue Mission, Moss, Thumper dan Paper Beast. Sembilan game ini akan diberikan sehingga 23 April jam 11:59 pagi waktu Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan game ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sony

Exit mobile version