Site icon TechNave BM

Pemilik Samsung Galaxy A51 dan A71 kini boleh guna fungsi canggih mirip Galaxy S20

Samsung telah mengeluarkan kemas kini terbaru untuk dua telefon pintar kelas pertengahan, Galaxy A51 dan Galaxy A71, yang membenarkan kedua-dua peranti tersebut untuk mempunyai fungsi-fungsi canggih yang terdapat dalam telefon flagship Galaxy S20.

Ciri fotografi utama dalam S20 iaitu Single Take kini terdapat dalam Galaxy A51 dan A71. Dengan fungsi ini, sebaik sahaja butang shutter ditekan, telefon akan mengambil beberapa gambar dan video pendek yang akan disunting secara automatik dengan pelbagai efek khas seperti Live Focus, Smart Crop dan AI Filter.

Pemilik A51 dan A71 juga bakal boleh mengawal kamera mereka dengan lebih terperinci melalui fungsi Pro Mode, Manual Focus, Shutter Speed dan Night Hyperlapse. Gambar yang diambil secara berturut-turut akan dikumpulkan dalam Gallery dengan fungsi Clean View.

Di samping itu, fungsi Quick Share dan Music Share akan memudahkan pengguna A51 dan A71 untuk berkongsi fail-fail media bersama orang yang berhampiran dengan mereka. Fungsi papan kekunci dalam telefon juga telah dikemas kini agar telefon boleh meramal teks yang ingin ditaipkan sebelum pengguna habis menaip.

Adakah anda memiliki Galaxy A51 atau A71? Kongsi pendapat anda tentang kemas kini ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version