Site icon TechNave BM

Penafian dakwaan palsu termasuk denda RM1,000 untuk yang keluar rumah dan COVID-19 sebagai ‘airborne’

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru sahaja memuat naik sebuah perkongsian melalui laman Twitternya sebagai penafian beberapa berita palsu yang disebarkan di laman media sosial.

Antaranya adalah dakwaan arahan Ketua Polis Negara (KPN) berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak selari dengan arahan semasa KPN dan dakwaan rakaman video kekecohan di sebuah pasaraya di Johor. Dakwaan arahan tersebut mengandungi mesej yang tidak benar, manakala dakwaan kekecohan di pasaraya di Johor adalah sebenarnya video di pasaraya Amerika Syarikat.

Dakwaan sesiapa yang keluar rumah walaupun dengan alasan menghantar makanan selain daripada Foodpanda, GrabFood dan restorang yang mendapat kebenaran akan didenda RM1,000 juga adalah tidak benar. Kesemua dakwaan ini dinafikan oleh pihak berkuasa.

Sebagai tambahan, WHO Malaysia turut menafikan dua dakwaan yang tersebar mengenai COVID-19. Pertama, tiada bukti yang menyatakan bahawa COVID-19 adalah virus bawaan udara (airborne). Kedua, klorin dioksida yang didakwa dihasilkan melalui kad kesihatan tidak akan melindungi anda daripada COVID-19. Tiada kajian yang menunjukkan tentang bahan kimia ini sebagai rawatan yang berkesan, penawar atau pelindung daripada COVID-19.

Untuk semakan atau ingin melaporkan berita palsu lain, anda boleh le laman web sebenarnya.my. Kami berharap agar semuak rakyat Malaysia jelas dengan dakwaan palsu ini. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM | WHO Malaysia

Exit mobile version