Site icon TechNave BM

Pencipta ‘cut and paste’ meninggal dunia

Anda tentu memanfaatkan fungsi ‘cut and paste‘ dalam penggunaan komputer seharian kan? Ia dipelopori oleh saintis komputer Larry Tesler sewaktu beliau bekerja di Pusat Kajian Xerox Palo Alto (Xerox PARC) pada tahun 1970-an.

Semalam, Larry sudah meninggal dunia pada usia 74 tahun. Beliau adalah antara individu yang terpenting dalam pembangunan sistem komputer, terutamanya untuk Apple. Selepas beliau meninggalkan Xerox PARC untuk bekerja di Apple, beliau terlibat secara mendalam dalam pembangunan antara muka pengguna (UI) Lisa, Macintosh dan Newton iaitu pendahulu kepada iPhone.

Larry telah diajak oleh pengasas Apple, Steve Jobs, untuk meninggalkan Xerox dan bekerja di Apple di mana beliau menjadi insan yang penting dalam sejarah syarikat elektronik itu.

Selain membina sistem komputer, Larry juga terlibat dalam menentukan halatuju Apple seperti meyakinkan syarikat itu untuk melabur dalam syarikat ARM RISC Machines (ARM) sebanyak US$5 juta. Pelaburan itu menghasilkan pulangan US$800 juta untuk Apple dan pemproses buatan ARM kini digunakan dalam iPhone dan iPad.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Insider

Exit mobile version