Site icon TechNave BM

Pendaftaran Clubhouse kini dibuka kepada orang awam, tidak perlu lagi jemputan

Perkhidmatan perkongsian audio Clubhouse telah mengalami peningkatan populariti mendadak sejak awal tahun ini, malah pelbagai syarikat media sosial telah meniru fungsi yang dipelopori oleh Clubhouse. Walau bagaimanapun, mereka yang berminat untuk menggunakan Clubhouse perlu mendapatkan jemputan daripada pengguna sedia ada.

Bermula hari ini, Clubhouse mengumumkan bahawa pendftarannya kini sudah mula dibuka kepada orang awam, bermakna sesiapa sahaja boleh membina akaun baru dalam perkhidmatan tersebut tanpa perlu mendapatkan jemputan daripada pengguna sedia ada. Jutaan pengguna sebelum ini telah pun berada dalam senarai menunggu (waitlist) untuk didaftarkan ke dalam Clubhouse dan kini mereka akan didaftarkan secara beransur-ansur.

Sempena pendaftaran terbuka ini, Clubhouse juga telah memperkenalkan logo serta ikon aplikasi yang baru, menampilkan muka Justin “Meezy” Williams iaitu pengurus kepada rapper terkenal 21 Savage.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Clubhouse

Exit mobile version