Site icon TechNave BM

Pendaftaran OKU cacat penglihatan boleh dibuat secara atas talian mulai hari ini

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) melancarkan pendaftaran secara atas talian bagi menarik lebih ramai ahli bermula hari ini. Presiden SBM, Mohammed Nazari Othaman mengatakan bahawa pihaknya menyasarkan pendaftaran melalui kaedah tersebut sehingga 300 ahli baru setahun di mana sebelum ini hanya seramai 100 ahli sahaja mendaftar setahun.

Menurutnya, inisiatif itu dibuat sesuai dengan perkembangan teknologi semasa yang mampu mengurangkan pergerakan golongan cacat penglihatan. Sebelum ini, pendaftaran ahli perlu pergi secara fizikal. Kini, segalanya dibuat hanya dalam talian dan anggaran pendaftaran dalam setahun adalah dalam 200 sehingga 300 orang.

Presiden SBM mengatakan lagi bahawa pertubuhan ini menawarkan skim kebajikan, pendidikan dan pekerjaan untuk membantu ahli jika mereka mendaftar sebagai ahli SBM pada sidang media selepas Majlis Perasmian dan Jamuan Makan Malam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM (Edisi Ke-14) 2022.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman rasmi SBM bermula hari ini. Untuk pengetahuan, ahli SBM di seluruh negara setakat ini sebanyak 7,490 orang. Mohammed Nazari juga berkata SBM menetapkan syarat pendaftaran iaitu berusia 18 tahun ke atas serta mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU) yang disahkan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version