Site icon TechNave BM

Pendaftaran untuk Apex Legends Mobile kini dibuka untuk Android

Pada April lalu, Electronic Arts (EA) telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan versi mudah alih untuk game tembak-menembak popular Apex Legends yang akan dinamakan sebagai Apex Legends Mobile. Kini, pra-pendaftaran (pre-register) untuk game tersebut telah pun dibuka kepada orang awam namun ia masih belum boleh dimainkan.

Apex Legends Mobile bakal menawarkan corak permainan battle-royale berdasarkan watak-watak khas yang terkenal dalam game asal di platform PC dan konsol. Game ini mungkin akan memberi saingan yang hebat kepada PUBG Mobile dan COD Mobile yang amat popular dalam industri game mudah alih pada waktu ini.

Pendaftaran boleh dibuat dalam Google Play Store, manakala pengguna Apple App Store pula masih belum boleh mendaftarkan diri. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan game ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version