Site icon TechNave BM

Pendaftaran vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak dan remaja dibuka dalam MySejahtera

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) telah membuka pendaftaran untuk vaksinasi COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun dan ke atas. Pendaftaran tersebut boleh dilaksanakan dalam aplikasi MySejahtera.

Keutamaan akan diberikan kepada golongan yang mempunyai komorbiditi, iaitu masalah kesihatan sedia ada seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, tahap imuniti rendah, asma, obesiti atau lain-lain penyakit.

Sebelum ini, hanya pelajar yang lahir pada 2003 ke atas dan pelajar yang menyambung pengajian ke luar negara sahaja yang dibenarkan untuk mengambil vaksin.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version