Site icon TechNave BM

Pendedahan harga siri Samsung Galaxy S20 terkini, harga bermula dengan RM4115

Di sebalik khabar angin reka bentuk dan spesifikasi, khabar angin yang turut ditunggu-tunggu adalah harga sesebuah peranti. Terkini, sebuah akaun di laman Twitter telah mendedahkan harga siri Samsung Galaxy S20 dalam Dolar Amerika.

Siri Samsung Galaxy S20 bermula dengan harga $999 (lebih kurang RM4115). Diikuti dengan Galaxy S20+ dengan harga $1,199 (lebih kurang RM4938) dan Galaxy S20 Ultra dengan harga $1,399 (lebih kurang RM5726). Perlu diingatkan bahawa khabar angin harga ini bukan untuk model 5G.

Selain harga Dolar Amerika, kami juga memperoleh khabar angin harga di UK. Bermula dengan Galaxy S20 yang berharga £800 (lebih kurang RM4279), diikuti dengan S20+ yang berharga £1,000 (lebih kurang RM5348) dan S20 Ultra versi 5G yang berharga £1,145 (lebih kurang RM6124). Versi 5G untuk S20 dan S20+ dengan harga £875 (lebih kurang RM4680) dan £1,075 (lebih kurang RM5749).

Dengan khabar angin harga ini, anda mungkin boleh menjangkakan harganya apabila tiba di Malaysia. Adakah anda bakal mendapatkan salah satu siri flagship Samsung ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita pelancarannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: GSMArena | @jon_prosser

Exit mobile version