Site icon TechNave BM

Pendedahan Samsung Galaxy S21 FE: AMOLED 6.5″, cipset Snapdragon 888 atau Exynos 2100

Pada masa ini, pelbagai khabar angin mengatakan Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) 5G akan dilancarkan dalam masa terdekat. Hari ini, kita akan mengumpulkan semua butiran yang telah disampaikan dalam internet mengenai telefon pintar ini.

Samsung Galaxy S21 FE mungkin akan dilengkapi dengan:

Berdasarkan pendedahan dari gambar promosi, manual pengguna, dan imej janaan komputer, Samsung Galaxy S21 akan hadir dengan tri-kamera di bahagian belakang. Berkemungkinan konfigurasi kamera adalah:

Menurut senarai GeekBench, Samsung Galaxy S21 FE akan hadir dalam dua varian iaitu cipset Snapdragon 888 dan cipset Exynos 2100. Bagi varian Snapdragon 888 akan dilancarkan di Amerika Syarikat, manakala Exynos 2100 mungkin datang ke negara lain seperti India dan Eropah.

Samsung Galaxy S21 FE menggunakan One UI 3.1 di atas Android 11 dan menyokong Samsung Dex, manakala pengecas pula tidak akan ada di dalam kotak.

Menurut pendedahan, anda boleh mebuat pra-pesanan pada 20 Oktober nanti. Kami menjangka ia mungkin akan dilancarkan dalam dua minggu pertama bulan Oktober. Telefon pintar ini akan hadir dalam empat warna iaitu ungu, hijau muda, kelabu dan putih. Untuk ketetapan harga, masih tidak ada berita yang sahih tetapi ada yang mengatakan harganya sekitar $100 (~RM419.15) lebih rendah berbanding Galaxy S21.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version