Site icon TechNave BM

Pendedahan spesifikasi siri Huawei P40 yang bermula dengan harga ~RM3,828

Baru-baru ini, kami telah mengumumkan tentang tarikh pelancaran siri Huawei P40 pada 26 Mac ini (esok). Terkini, sumber melaporkan bahawa mereka mempunyai spesifikasi penuh siri Huawei P40 termasuk harga dalam mata wang Eropah.

Huawei P40 Pro dengan paparan 6.6 inci dilengkapo kamera UltraVision 50MP, 40Mp ultra-lebar dan 12MP SuperSending telefoto. Turut hadir adalah bateri 4200 mAh bersama kamera selfie 32MP. Huawei P40 Pro dikatakan hadir dengan harga 999 Euro (lebih kurang RM4,780).

Huawei P40 pula hadir dengan paparan 6.1 inci dengan kamera UltraVision 50MP dan kamera selfie 32MP yang sama. Yang berbeza adalah lensa ultra-lebar 16MP, lensa telefoto 8MP dan kapasiti bateri 3800mAh yang berharga 800 Euro (lebih kurang RM3,828). Untuk pengetahuan anda, kedua-dua peranti ini dilengkapi RAM 8GB dan dioperasikan oleh CPU Kirin 999.

Apa pun, berita tidak rasmi ini boleh membantu anda untuk membayangkan spesifikasi siri Huawei P40. Namun, kami sarankan anda untuk menanti berita rasmi berkenaan spesifikasi semasa pelancarannya.

Adakah anda akan menyambar siri flagship kali ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNET

Exit mobile version