Site icon TechNave BM

Pendedahan spesifikasi vivo APEX 2020, termasuklah Kamera Penstabilan Gimbal

Jika anda masih belum mengetahui tarikh rasmi pelancaran vivo APEX 2020 ini, tarikhnya ialah 28 Februari 2020. Terkini, seiring dengan berita pelancarannya, vivo turut mendedahkan beberapa spesifikasi peranti vivo APEX 2020 ini termasuklah Kamera Penstabilan Gimbal (Gimbal Stabilizing Camera).

Untuk pengetahuan anda, Kamera Penstabilan Gimbal ini berfungsi untuk mengehadkan pergerakan yang tidak perlu semasa rakaman video dijalankan, sekaligus menstabilkan kamera anda. Lagi berkenaan kamera, vivo mengacah tentang Zum Optikal Berterusan (Continuous Optical Zoom).

Selain itu, vivo APEX 2020 juga dilaporkan bakal hadir dengan paparan penuh tanpa sempadan 120 degree (Fullview Edgeless). Sangat menarik bukan? Kami juga menjangkakan ia bakal hadir sama ada dengan paparan 120Hz atau pengecasan pantas 120W.

Nantikan liputan berita pelancaran vivo APEX 2020 melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Apakah pandangan anda mengenai peranti yang bakal hadir ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Exit mobile version