Site icon TechNave BM

Penduduk di bawah Majlis Bandaraya Ipoh kini boleh buat aduan jalan berlubang di WhatsApp

Jalan rosak atau berlubang disifatkan sebagai perkara biasa untuk jalan raya di Malaysia. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kini berusaha untuk menangani masalah ini dengan melancarkan saluran aplikasi WhatsApp untuk menerima aduan pengguna.

Untuk membuat aduan jalan berlubang, pengguna boleh terus mengadu di Aduan Jalan Berlubang MBI melalui; WhatsApp Web, 017-412 2113, atau kod QR Aduan Jalan Berlubang MBI.

Seperti yang tertulis di laman web, saluran WhatsApp akan aktif 24 jam, tetapi kerja baik pulih kerosakan jalan adalah pada waktu bekerja biasa. Waktu bekerja biasa adalah dari Isnin hingga Jumaat, bermula 8 pagi hingga 5 petang. Manakala hari Sabtu bermula pada 8 pagi hingga 2 petang sahaja. Kerja baik pulih tidak dijalankan pada hari cuti seperti hari Ahad dan Cuti Umum.

Usaha ini disifatkan sebagai langkah efektif sebagai tindakan ke atas maklum malas pengguna jalan raya. Kami berpendapat bahawa usaha ini boleh dijadikan contoh untuk diadaptasi oleh Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya lain.

Apakah pendapat anda pula? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MBI

Exit mobile version