Site icon TechNave BM

Penerima kredit ePemula melalui aplikasi ShopeePay boleh dapatkan baucar tambahan RM500

Golongan belia di seluruh Malaysia boleh mendapatkan bantuan ePemula bermula hari ini, di mana mereka akan menerima kredit e-tunai RM150 melalui perkhidmatan penyedia perkhidmatan e-tunai terpilih. Jika anda menuntut kredit ePemula dengan ShopeePay, anda layak menerima baucar tambahan bernilai RM500.

Baucar keseluruhan RM500 ini disusun khas untuk membantu golongan belia dalam menguruskan perbelanjaan harian daripada segi pembelajaran dan bekalan asas. Ia terdiri daripada empat jenis baucar iaitu:

ShopeePay boleh digunakan sebagai e-dompet di pelbagai kedai terkenal seperti JD Sports, Focus Point, Giordano, Elle, Common Sense, Taco Bell, KFC, Kyochon, myBurgerLab, CU Malaysia, Tealive, A&W, MR.DIY, MYNEWS, OldTown White Coffee dan ZUS Coffee.

Baucar Shopee Mall pula boleh digunakan untuk pembelian dalam talian di laman web Shopee Mall dan digunakan untuk jenama produk seperti Sony, Watsons, OPPO, JBL, Skechers, Lotus’s, Tefal Home dan Edifier.

Penerima ePemula di ShopeePay juga boleh menyertai #ShopeeEPEMULAsquad Challenge di media sosial dan mereka berpeluang memenangi hadiah bernilai RM25,000. Layari laman web Shopee untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ePemula ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan baucar ePemula Shopee dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version