Site icon TechNave BM

Penerima vaksin COVID-19 akan dimaklumkan dua minggu sebelum tarikh suntikan

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 menjelaskan bahawa setiap penerima vaksin COVID-19 akan menerima butiran temujanji dua minggu sebelum tarikh mendapat suntikan.

Buat masa ini, pendaftaran vaksin COVID-19 boleh dilakukan dalam aplikasi MySejahtera, laman web vaksincovid.gov.my atau panggilan telefon 1800-888-828.

Program pemberian vaksin COVID-19 di Malaysia pada waktu ini masih lagi berada dalam Fasa 1 iaitu keutaman kepada pekerja barisan hadapan dan warga emas.

Untuk maklumat lanjut tentang vaksin COVID-19, jangan lupa untuk baca artikel ini. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah mendaftar dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version