Site icon TechNave BM

Penganalisis percaya ada kemungkinan untuk HUAWEI jual syarikat HONOR

Baru-baru ini, penganalisis terkenal Ming Chi Kuo telah menganalisis mengenai langkah balas dan potensi dalam isu sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap HUAWEI.

Menurutnya, dalam senario sebegini, salah satu pelan luar jangkaan HUAWEI adalah menjual perniagaan telefon pintar HONOR. Kuo percaya bahawa pelan luar jangkaan ini adalah adil untuk jenama HONOR dan industri elektronik China.

Hal ini kerana apabila HONOR berdiri sendiri, ia tidak akan tersekat dengan halangan oleh AS terhadap HUAWEI. Perkara ini sekaligus dapat membantu mengembangkan kembali industri relefon pintar China.

Tambah Kuo, HONOR mampu untuk mengekalkan jenamanya dan menyumbang kepada industri dengan model atau varian flagship. Penganalisis turut percaya HONOR mampu berjaya dalam model telefon pintar kelas pertengahan hingga flagship dengan pemasaran yang bernas.

Apa pun, perlu diingatkan bahawa kesemua maklumat ini hanyalah analisi dari penganalisis yang tiada kena mengenai dengan pihak rasmi HUAWEI mahupun HONOR. HUAWEI dilihat masih meraih jualan yang baik pada laporan jualan telefon pintar di Internet.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sina

Exit mobile version