Site icon TechNave BM

Pengasas bersama OnePlus mungkin telah keluar daripada syarikat tersebut

Carl Pei adalah salah seorang daripada pengasas OnePlus, bersama CEO Pete Lau. Walau bagaimanapun, Carl Pei jarang dilaporkan dalam media dan berlainan daripada Pete Lau yang sering muncul dalam iklan produk atau video promosi OnePlus.

Kini seorang pengguna Reddit telah mengatakan bahawa Carl Pei mungkin telah meninggalkan syarikat tersebut. Ini berdasarkan sekeping dokumen dalaman daripada OnePlus yang tidak menyenaraikan Carl Pei dalam senarai struktur kepimpinan OnePlus. Pengguna Reddit yang bernama JonSigur itu menyatakan bahawa dokumen tersebut telah dibocorkan dan sepatutnya tidak disiarkan kepada pihak awam.

Sebelum ini, Carl Pei adalah individu yang mengetuai pembangunan OnePlus Nord. Kini, jawatan tersebut telah digantikan oleh Emily Dai yang merupakan ketua operasi OnePlus di India sebelum ini.

Ini bukanlah kenyataan yang rasmi daripada OnePlus dan syarikat tersebut masih tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan isu ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Police

Exit mobile version