Site icon TechNave BM

Pengasas bersama OnePlus ucap terima kasih, kini sah keluar dari syarikat itu

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai salah seorang pengasas bersama OnePlus, Carl Pei yang mungkin dilaporkan akan meninggalkan syarikat tersebut. Laporan itu kini disahkan benar melalui ucapan terima kasih dari Carl Pei yang dimuat naik pada forum OnePlus.

Melalui ucapan bertajuk ‘Thank You’ tersebut, Carl Pei menyatakan mengenai perjalanan beliau dalam merealisasikan setiap cabaran dalam syarikat OnePlus. Beliau turut mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan syarikat OnePlus, syarikat yang disertainya bermula pada tahun 2013 sewaktu beliau berumur 24 tahun.

Carl Pei tidak mengulas lanjut mengenai rancangannya di masa hadapan, namun hanya menyatakan bahawa beliau akan menggunakan masa yang ada untuk meluangkannya bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Anda boleh membaca ucapan penuh beliau disini. Pelbagai penghargaan dan ucapan telah diberi kepada beliau termasuklah dari pengulas teknologi terkenal.

Kami juga ingin mengucapkan selamat tinggal dan selamat maju jaya kepada Carl Pei! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version