Site icon TechNave BM

Pengasas OnePlus akan umumkan syarikat baru pada hari ini

Carl Pei merupakan usahawan yang tidak asing dalam industri teknologi kerana beliau merupakan salah seorang pengasas jenama OnePlus di samping Pete Lau dan sering mengacarakan pelancaran telefon pintar. Pada bulan Oktober 2020, beliau telah meninggalkan OnePlus untuk menceburi syarikat baru.

Kini Carl telah mengumumkan bahawa jenama barunya akan diumumkan pada 27 Januari jam 11:00 pagi waktu London (7:00 malam waktu Malaysia). Jenama baru ini dilaporkan akan fokus pada produk elektronik pengguna namun bukan telefon pintar. Sebaliknya, jenama itu akan menghasilkan produk audio seperti fon kepala, fon telinga dan pembesar suara.

Jenama baru oleh Carl ini dilaporkan telah pun mendapat pelaburan sebanyak USD7 juta daripada pelbagai pihak termasuklah pencipta iPod, Ton Fadell. Sebelum ini Carl juga menyifatkan jenama baru beliau sebagai kertas kosong, di mana beliau boleh menjadi lebih kreatif untuk membangunkan produk baru.

Kongsi pendapat anda tentang jenama baru Carl Pei ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version