Site icon TechNave BM

Pengasas perisian antivirus McAfee mati dalam penjara Sepanyol

Pengasas perisian antivirus komputer yang sangat popular, John McAfee, telah ditemui mati dalam bilik penjaranya di Barcelona, Sepanyol semalam. Siasatan mendapati mendiang telah membunuh diri dalam penjara itu namun pihak penjara tidak menyatakan cara beliau membunuh dirinya.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas mahkamah Sepanyol meluluskan permintaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menyerahkan John McAfee ke AS di atas jenayah pengelakan cukai. Beliau telah dipenjara dalam pusat tahanan Sepanyol sejak Oktober 2020 dan telah berusaha untuk mengelakkan dirinya daripada diserahkan kepada kerajaan AS.

Sebelum ini, beliau terkenal dengan perisian software McAfee Antivirus yang selalu dipasangkan di dalam pelbagai produk komputer hingga hari ini. Selepas menjana kekayaan daripada syarikat McAfee, beliau meletakkan jawatan pada 1994 dan menjalani hidup penuh kontroversi di mana beliau dipercayai telah melakukan jenayah kewangan dan pembunuhan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: New Straits Times

Exit mobile version