Tarikh 15 September akan tiba hanya beberapa hari lagi di mana perintah eksekutif dari pentadbiran Trump yang menghalang penggunaan TikTok di Amerika Syarikat akan bermula.
Perintah ini dilaksanakan atas kerisauan kerajaan Amerika Syarikat akan aplikasi TikTok yang mungkin mendatangkan masalah sekuriti kepada negaranya.
ByteDance, syarikat induk TikTok perlu menjual TikTok kepada syarikat Amerika Syarikat sekiranya ingin melepasi perintah eksekutif ini. Sebelum ini, terdapat ura-ura yang menyatakan syarikat Oracle dan Microsoft telah menzahirkan minat mereka untuk membeli TikTok.
Namun, kini pegawai dari China menyatakan bahawa mereka percaya penjualan aplikasi TikTok ini akan membuatkan negara China nampak lemah. Jurucakap kementerian luar China, Zhao Lijian juga menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat ini adalah penyalah gunakan konsep sekuriti nasional untuk menindas syarikat asing.
Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada 15 September ini yang juga merupakan tarikh pelancaran peranti terbaru dari Apple. Adakah TikTok akan dihalang serta merta pada 15 September ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : GSMArena

