Site icon TechNave BM

PS5 DualSense Edge kini boleh disambungkan kepada semua peranti Apple

Dengan pelancaran iOS 16.4, iPadOS 16.4, macOS Ventura 13.3 dan tvOS 16.4, pengguna Apple kini boleh menggunakan pengawal Sony DualSense Edge dengan iPhone, iPad, Mac serta Apple TV. Sejak dikeluarkan, pengguna DualSense Edge telah meminta Apple untuk menyokong pengawal Bluetooth dengan peranti Apple.

Kini, anda boleh bermain game secara wayarles tanpa perlu memegang peranti. Pengawal DualSense Edge memberikan pengguna kawalan ke atas hampir setiap aspek game. Profil pengawal juga boleh disesuaikan supaya anda boleh bertukar dengan cepat antara konfigurasi butang yang anda tetapkan dari dalam tetapan pengawal pada PlayStation 5.

Dengan harga DualSense Edge hampir tiga kali ganda berbanding DualSense biasa, kos tambahan ini mungkin berbaloi untuk mereka yang mahukan pengalaman gaming yang baharu. Dengan penambahan sokongan untuk pengawal wayarles DualSense Edge, ia melengkapkan penggunaan PS Remote Play pada peranti Apple anda.

Konsep ini hampir sama seperti bermain pada konsol. Adakah anda berminat untuk mencuba kombo ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: iMore

Exit mobile version