Site icon TechNave BM

Pengecas 55W Xiaomi mendapat kelulusan 3C, bakal digunakan tidak lama lagi

Sebelum ini, Xiaomi telah melancarkan telefon Xiaomi Mi 10 Ultra yang menyokong pengecasan pantas 120W namun, ianya tidak memasuki pasaran global dan hanya dijual pada pasaran China sahaja. Terbaru, sebuah pengecas 55W dari Xiaomi telah mendapat kelulusan dari pensijilan 3C di China.

Pengecas ini telah dikesan di pensijilan 3C dengan nombor model MDY-12-EQ. Pengecas ini dilihat menyokong kadar pengecasan 5V/2A, 9V/3A, 20V/2.5A dan 11V/5A. Sebuah sumber juga menyatakan pengecas ini bakal digunakan pada peranti kelas pertengahan dan flagship Xiaomi serta juga pada peranti Redmi.

Pengecas 55W ini berkemungkinan akan diperkenalkan oleh siri Xiaomi Mi 11 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Xiaomi Mi 11 dijangka akan memasuki pasaran bulan Januari tahun hadapan dengan cipset terbaru Qualcomm, Snapdragon 875.

Nantikan berita lanjut mengenai pengecas ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version