Site icon TechNave BM

Pengecas 65W Samsung dapat pengiktirafan Denmark, mungkin dilengkapkan dalam Galaxy S22

Telefon pintar andalan yang dilancarkan oleh Samsung pada tahun hadapan mungkin akan dilengkapi pengecasan pantas 65W. Baru-baru ini, sebuah pengecas Samsung dengan kadar kuasa 65W telah mendapat pengiktirafan Denmark Electrical Equipment Conrol (DEMKO).

Pengecas tersebut telah didaftarkan dengan tanda dagang SAMSUNG-GALXY dan ia menyokong kadar pengecasan sehingga 65W. Pengecas ini adalah selari dengan khabar angin yang mengatakan telefon pintar Samsung Galaxy S22 bakal dilengkapi pengecasan pantas 65W untuk baterinya.

Sementara itu, nombor model untuk varian Galaxy S22 juga telah tertiris. Ia mungkin akan terdiri daripada tiga varian utama iaitu Galaxy S22 (SM-S901x), Galaxy S22+ (SM-906x) dan Galaxy S22 Ultra (SM-S908x).

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version