Pada bulan Julai yang lalu, OPPO telah memperkenalkan beberapa teknologi pengecas baharu seperti cas pantas 125W, OPPO 65W AIRVOOC, OPPO 50W Mini SuperVOOC Charger dan 1120W Mini Flash Charger. Salah satu daripadanya iaitu OPPO 50W Mini SuperVOOC Charger kini mula dijual di pasaran China pada harga 399 Yuan (~RM249).
Senipis 1.05cm sahaja, OPPO 50W Mini SuperVOOC Charger disifatkan sebagai pengecas pantas yang terkecil di dunia setakat ini. Pengecas ini bukan sahaja menyokong protokol pengecasan SuperVOOC, tetapi juga protokol pengecasan lain seperti 27W USB PD (Power Delivery) dan 50W USB PD dengan PPS (Programmable Power Supply).
Pengecas kecil ini adalah berasaskan teknologi pengecasan pulse charging, dilengkapi dengan pembinaan kawalan ACF (Active Camp Flyback) yang dapat mengesan penukaran voltan sifar dan aliran sifar untuk mengoptimumkan lagi pengecasan.
Setakat ini, OPPO 50W Mini SuperVOOC Charger hanya dijual di pasaran China dengan harga 399 Yuan (~RM249). Kami masih tidak mendapat maklumat mengenai keberadaan produk OPPO ini di pasaran Malaysia.
Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Semak berita lepas mengenai OPPO; siri OPPO Reno5 telah dilancar di pasaran China!
Sumber: Gizmochina

