Site icon TechNave BM

Pengecas pantas Xiaomi 100W melepasi kelulusan China, dengan kuasa output 120W

Terdahulu, kami ada memaklumkan mengenai Xiaomi yang pernah mengumumkan teknologi pengecasan pantas 100W. Apa yang dirancang Xiaomi kelihatannya bakal menjadi nyata!

Pengecas pantas Xiaomi 100W dilaporkan telah melepasi kelulusan produk di China melalui China Compulsory Certificate (3C). Kehadirannya ini melalui nombor model MDY-12-ED turut mendedahkan kuasa output 120W (20V/6A).

Melalui pernyataan dari Xiaomi terdahulu, pengecas 100W ini dikatakan mampu mengecas bateri 4000mAh dalam masa 17 minit sahaja!

Terdapat spekulasi yang menyatakan pengecas ini bakal hadir bersama siri Xiaomi Mi Mix atau Black Shark. Menurut anda, peranti Xiaomi manakah yang bakal hadir dengan pengecasan pantas 100W ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version