Site icon TechNave BM

Pengecas telefon OPPO 160W dapat pengiktirafan China

Pada waktu ini, telefon pintar dengan pengecasan terpantas adalah Xiaomi 11T Pro dengan kadar pengecasan 120W dan jenama-jenama telefon lain mungkin akan melancarkan telefon yang mempunyai kadar tersebut pada tahun ini. Sungguh pun begitu, OPPO dilihat telah pun mengusahakan sebuah pengecas untuk telefon pintar dengan kadar pengecasan yang lebih pantas daripada 120W.

Baru-baru ini, sebuah pengecas OPPO dilihat telah mendapat pengiktirafan 3C (Compulsory Certification of China) dengan nombor model VCK8HACH yang menawarkan kadar pengecasan 20V 8A atau 160W. Ia bakal dikilangkan oleh Heyuan Huntkey Industrial Co Ltd.

Pengiktirafan ini mungkin menunjukkan bahawa mereka akan melancarkan telefon yang menyokong kadar pengecasan 160W pada masa hadapan, namun bukan dalam masa terdekat. Sebelum ini, siri OPPO Find X5 dikhabarkan bakal menyokong kadar pengecasan 80W sahaja.

OPPO mungkin akan melancarkan telefon dengan kadar cas 160W seawal-awalnya pada tahun hadapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version