Site icon TechNave BM

Pengecas USB hari ini lebih berkuasa daripada komputer Apollo 11

Berdasarkan kenyataan oleh Pemaju Apple Forrest Heller, pengecas USB hari ini membawa lebih kuasa pemprosesan berbanding dengan komputer yang terdapat di kapal angkasa Apollo 11. Cara pemaju di atas membuktikan kenyataannya adalah dengan menganalisis perkakasan yang terdapat di dalam pengecas USB dan membandingkannya dengan komputer Apollo 11.

Untuk lebih terperinci, Computer Guides Landing mempunyai kelajuan hanya 1.024 Mhz manakala Anker’s PowerPort Atom PD 2 adalah 48 kali lebih cepat pada 48 Mhz. Bukan itu sahaja, pengecas USB tersebut mempunyai sekitar dua kali ganda kapasiti storan.

Dengan kenyataan itu, apakah pendapat anda tentang pengecas USB yang mempunyai kuasa pemprosesan lebih cepat berbanding komputer Apollo 11? Kongsikan pendapat anda di laman Facebook sekarang.

Sumber : Gizmodo

Exit mobile version