Site icon TechNave BM

Pengecas wayarles AirVOOC 40W pertama OPPO dilancarkan, berharga ~RM134

Pengecasan wayarles kini menjadi trend baru dalam pasaran teknologi. Seiring dengan trend itu, OPPO telah melancarkan pengecas wayarles AirVOOC dengan kuasa 40W. Menurut OPPO, pengecas ini adalah pengecas wayarles berkelajuan tinggi pertama di dunia.

Pengecas ini dilancarkan bersama OPPO Ace2. Bateri 4000mAh OPPO Ace2 boleh dicas sepenuhnya dalam 56 minit sahaja! AirVOOC 40W ini bukan sahaja boleh mengecas OPPO Ace2, tetapi mana-mana peranti pintar yang bersesuaian. Ia turut menyokong pengecasan berbalik sehingga 10W!

Mengesahkan khabar angin sebelum ini, pengecas memiliki kipas seperti sayap rama-rama terbina di dalamnya dengan reka bentuk pengaliran udara tersembunyi. Kipas ini berfungsi untuk menyejukkan peranti yang bersuhu tinggi semasa pengecasan (tidak akan mencecah suhu melebihi 39 Celcius). Pengecas pantas wayarles ini dijual dengan harga 249 Yuan (lebih kurang ~RM152). Pelanggan yang membeli pengecas ini bersama OPPO Ace2 bakal mendapat pengurangan harga. Harganya menjadi 219 Yuan (lebih kurang ~RM134) sahaja.

Apa pun, kami masih tidak mendapat maklumat rasmi tentang penjualan produk OPPO di atas di psaran Malaysia. Kami akan memaklumkan maklumat mengenainya kemudian melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: news.mydrivers

Exit mobile version