Site icon TechNave BM

Pengecasan pantas 90W dalam Lenovo Legion boleh cas bateri 5,000mAh secepat 30 minit

Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum telefon pintar gaming Lenovo Legion dilancarkan namun syarikat tersebut sudah pun mengeluarkan sedikit maklumat awal untuk telefon ini. Kita sudah pun tahu pengecasan 90W dalam telefon itu bakal menjadi yang terpantas dalam industri namun kita tidak tahu secepat mana ia boleh mengecas bateri sehingga penuh.

Menurut poster terbaru daripada Lenovo, pengecasan pantas 90W boleh mengecas bateri besar 5,000mAh secepat 30 minit sahaja. Telefon tersebut menggunakan rekaan hybrid power flash-charge dengan 16 lapisan keselamatan.

Lenovo juga mengatakan ia akan dilengkapi dwi-pembesar suara dengan kaviti 1.4cc yang menghalakan bunyi ke depan dan akan menghasilkan bunyi yang lebih simetrikal dan kuat. Ini adalah penting untuk gaming kerana arah bunyi yang lebih seimbang boleh memberitahu posisi musuh kepada pemain. Lenovo mendemonstrasi ciri ini dalam sebuah iklan video.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version