Site icon TechNave BM

Pengecasan pantas 125W OPPO bakal masuki pasaran awal tahun hadapan!

Pada bulan Jun yang lalu, OPPO telah memaparkan teknologi pengecasan pantas 125W berwayar dan pengecasan wayarles 65W pada acara ChinaJoy di China. Namun, mereka tidak menyatakan bila teknologi ini akan diguna pakai oleh peranti mereka. Terbaru, sumber terbaru menunjukkan bahawa pengecas pantas 125W ini akan masuk ke pasaran telefon pintar secara komersial pada suku pertama tahun hadapan.

Buat masa ini, teknologi pengecasan pantas 125W adalah pengecasan yang paling laju untuk pasaran telefon pintar. Untuk mendapatkan kepantasan 125W, OPPO Flash Charge ini telah menaikkan voltan ke 20V dengan current maksima pada 6.25A. OPPO juga telah menaik taraf sifat ketumpatan kuasa untuk mencapai kepantasan 125W ini.

Daripada menggunakan dua sel 3C yang ada pada SuperVOOC 2.0, Flash Charge 125W ini akan menggunakan dua sel 6C. Pengecas 125W ini juga menyokong pengecasan Power Delivery (PD) 65W dan Programmable Power Supply (PPS) 125W.

Mengikut OPPO, pengecas 125W ini hanya memerlukan 5 minit sahaja untuk mengecas bateri 4,000mah dari 0% hingga bateri 41% dan pengecasan penuh mengambil masa 20 minit sahaja.

Disebabkan watt yang sangat tinggi dimasukkan ke dalam telefon pintar ini, OPPO juga telah menambahkan lagi ciri perlindungan keselamatan dengan 10 lagi sensor suhu untuk memantau status pengecasan.

Telefon pertama OPPO dengan pengecas 125W ini masuk belum diketahui. Mengikut sumber, ia mungkin akan dilengkapi pada siri telefon pintar OPPO Find X3 pada suku pertama awal hadapan.

Nantikan berita lanjut mengenai teknologi ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version