Site icon TechNave BM

Pengeluaran Apple iPhone 14 ditangguh beberapa minggu kerana perintah berkurung di China

Menurut laporan Nikkei Asia terbaharu, pembekal Apple di China berada dalam kelewatan dalam pembangunan untuk salah satu model siri iPhone 14 berikutan perintah berkurung kerana COVID yang berterusan di seluruh negara.

Berdasarkan maklumat daripada sumber, Apple telah menggesa pembekal untuk mempercepatkan pembangunan komponen dalam usaha untuk kekal mengikut jadual pembuatan. Foxconn, Pegatron dan Luxshare Precision Industry adalah tiga pembekal utama untuk model iPhone yang akan datang dengan.

Pegatron dan Luxshare Precision Industry mengalami pembukaan semula kilang yang perlahan di Shanghai. Menurut anggaran, penutupan kilang di China akan mengganggu pengeluaran model iPhone akan datang yang menelan kos sehingga $8 bilion.

Berdasarkan jadual pembangunan iPhone yang lalu, semua iPhone baharu mencapai fasa ujian pengesahan kejuruteraan (EVT) menjelang Jun tetapi laporan baharu mengesahkan sekurang-kurangnya satu daripada siri iphone 14 mengalami kelewatan tiga minggu dari jadual.

Matlamat Apple adalah untuk menghasilkan barisan siri iPhone 14 secara skala besar menjelang September tetapi masih belum pasti sama ada ia akan berlaku tahun ini atau tidak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Asia Nikkei

Exit mobile version