Site icon TechNave BM

Pengeluaran ASUS ROG Phone II dikurangkan kerana wabak Coronavirus

Penghasilan telefon pintar gaming ASUS ROG Phone II sekarang berada dalam keadaan yang lebih perlahan kerana situasi penularan wabak Coronavirus serata dunia, terutamanya di China.

Dalam akaun Twitter rasmi ASUS ROG India, pengeluaran telefon tersebut akan mengalami kekurangan kerana “rantai bekalan yang telah diganggu oleh situasi yang berlaku di Asia.” Walaupun ia tidak dinyatakan secara terus, media Gizmochina mengandaikan bahawa wabak Coronavirus yang telah menyebabkan kilang-kilang untuk berhenti beroperasi adalah sebab utama kekurangan pengeluaran telefon itu. Masih tiada berita jika bekalan telefon itu ke Malaysia akan dipengaruhi kerana perkembangan ini.

ASUS ROG Phone II adalah antara telefon gaming yang terbaik pada tahun lepas. Ia dilengkapi spesifikasi tahap tinggi seperti skrin 120Hz dan cipset Snapdragon 855+ untuk memberi pengalaman gaming terpantas buat penggunanya. Jika anda berminat untuk membelinya sekarang, boleh lawati laman web kami untuk mencari kedai dan membandingkan harga.

Apakah pendapat anda tentang pengaruh wabak Coronavirus dalam industri telefon pintar? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar dan teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version