Site icon TechNave BM

Pengeluaran iPhone 14 terhenti, sambung semula pada akhir Disember ini

Apple sedang bergelut memenuhi permintaan pelanggan dan stok yang tidak mencukupi daripada tarikh yang ditetapkan. Tidak hairan kerana menjelang Krismas ramai yang bercadang untuk menempah telefon baharu. Malangnya, Foxconn akan menyambung semula pengeluaran sepenuhnya iPhone 14 pada akhir Disember ini.

Hal ini adalah kerana kerajaan China menetapkan peraturan yang ketat untuk menangani gelombang baharu COVID-19 yang telah berlaku di banyak bandar sehinggakan ia terpaksa melakukan kuarantin seluruh bandar, membahagikannya kepada beberapa bahagian. Malah, menghalang pekerja pulang ke rumah selepas hari kerja mereka.

Ini telah mencetuskan rusuhan di kebanyakan bandar tersebut bukan kerana mereka tidak dapat pulang ke rumah tetapi tempat kerja mereka yang kebanyakannya di kilang tidak mempunyai bekalan yang mencukupi untuk semua orang. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja.

Salah satu kilang yang paling teruk terjejas adalah di Zhengzhou di mana salah satu kilang iPhone terbesar berada. Ini telah menyebabkan penurunan 20 juta unit dalam pengeluarannya. Sumber Foxconn telah mengatakan bahawa keadaan telah stabil dan boleh meneruskan operasinya seperti biasa.

Kapasiti kini disambung semula secara beransur-ansur dengan pengambilan kakitangan baharu sedang dijalankan. Jika semuanya berjalan lancar, ia mungkin mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk menyambung semula pengeluaran penuh. Mengikut kenyataan tersebut, pengeluaran akan menjadi optimum pada penghujung Disember atau awal Januari 2023.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmodo

Exit mobile version