Site icon TechNave BM

Pengembara dari luar negara tidak perlu isi Kad Pengembara mulai 1 Ogos 2022

Setelah sempadan negara di buka, pengembara dari luar negara makin kerap datang ke Malaysia sama ada untuk melawat keluarga ataupun melancong semata-mata. Sesetengah negara memerlukan banyak salinan dokumen yang perlu diisi, namun Malaysia mungkin bukan salah satu daripadanya.

Semua pengembara yang memasuki Malaysia tidak perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Kad Pengembara (Traveller’s Card) dalam aplikasi MySejahtera mulai hari Isnin, 1 Ogos 2022. Ini bertujuan kerana wabak penyakit di Malaysia masih terkawal dan memudahkan prosedur kemasukan ke Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentisa memantau gejala di kalangan pengembara di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia. Langkah mengimbas suhu dan pemantauan kesihatan turut dilakukan. Pengembara yang dikesan dengan gejala penyakit COVID-19 atau sebagainya akan segera dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk rawatan lanjut.

Oleh itu, pengembara dari luar negara dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Facebook KKM

Exit mobile version