Site icon TechNave BM

Pengembaraan kereta elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 bermula esok!

Bermula esok sehingga 29 November, rakyat Malaysia bakal melihat kereta elektrik pertama nasional iaitu Proton e.MAS 7 yang akan menjelajah merentasi seluruh semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak dengan jarak melebihi 2,000 km. Proton e.MAS 7 kini berada di dalam fasa akhir ujian bagi menyesuaikannya dengan keperluan pengguna Malaysia.

Jelajah e.MAS 7 dibina atas kejayaan “Long Test Drive” Geely E5 dari China ke Malaysia bagi membuktikan ketahanan dan kebolehpercayaan teknologi. Fasa pertama Jelajah e.MAS 7 akan menuju ke arah selatan melalui Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Walaupun badannya dibalut dengan pelekat, namun EV ini hadir dengan rekaan moden yang menampilkan lampu belakang LED penuh serta pemegang pintu tersembunyi. Jelajah Proton e.MAS 7 menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk public figure serta digital content creator di pusat Pengedar Proton e.MAS setiap negeri dan masyarakat di lokasi makanan popular.

Fasa pertama Jelajah e.MAS 7 bermula dari Proton COE di Shah Alam dan akan menuju ke Negeri Sembilan. Proton e.MAS 7 akan melawat negeri terpilih pada tarikh berikut:

5 Oktober 2024 – Negeri Sembilan dan Melaka
6 Oktober 2024 – Melaka dan Johor
7 Oktober 2024 – Johor

Jom jadi sebahagian daripada pengembaraan menarik ini! #eMAS7Tour #JELAJAHeMAS7 Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version