Site icon TechNave BM

Pengerusi Samsung Lee Kun-Hee meninggal dunia pada usia 78 tahun

Samsung Electronics telah mengumumkan kematian pengerusinya, Lee Kun-hee, pada hari ini. Beliau berumur 78 tahun dan ditemani oleh keluarganya sewaktu menghembuskan nafas terakhir.

Punca kematian beliau tidak dinyatakan oleh Samsung, namun umum diketahui bahawa mendiang tidak boleh bergerak selepas mengalami serangan jantung pada 2014. Anak lelakinya, Lee Jae-yong, dijangkan akan menggantik ayahnya sebagai pengerusi Samsung baru.

Lee merupakan tokoh penting buat Samsung, membawa syarikat tersebut menjadi antara jenama teknologi yang terbesar di dunia. Samsung menyumbang hampir 20% daripada KDNK Korea Selatan dan Lee menjadi individu terkaya dalam negara tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau turut terpalit dengan beberapa kontroversi seperti merasuah presiden Roh Tae-woo pada 1995 dan penyelewengan wang serta pengelakan cukai pada 2008.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version