Site icon TechNave BM

Pengesan objek pintar, Apple AirTags berkemungkinan besar dilancar pada bulan Mac ini

Sejak tahun lalu, Apple telah dikaitkan dengan sebuah pengesan objek pintar yang diberi nama Apple AirTags. Kini, sumber terbaru menyatakan bahawa peranti ini akan memasuki pasaran pada bulan Mac yang akan datang.

Apple AirTags telah tertiris dalam talian pada bulan Ogos tahun lalu dengan sebuah paten yang menunjukkan fungsi asasnya. Peranti ini boleh mengesan peranti lain dan dapat berpasangan dengan telefon pintar atau tablet dengan mudah.

Baru-baru ini, Samsung juga telah melancarkan SmartTag iaitu sebuah pengesan objek yang berfungsi seperti peranti Tile (dan juga Apple AirTags).

Samsung SmartTag dijual pada tanda harga RM119 dan kami menjangkakan Apple AirTags juga akan dijual pada harga yang hampir sama (sedikit lebih mahal semestinya).

Sebelum ini, aksesori Apple AirTags dilihat sudah mula muncul di laman web jual beli.

Adakah anda pengguna pengesan objek pintar? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version